fbpx

ViraKlid Training Center – Sewa Bilik Seminar di Bangi / Kajang

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam perkenalan kami kepada anda!

ViraKlid? Apa tu eh?

Di ViraKlid, kami ada menawarkan beberapa produk yang berkaitan dengan latihan. Untuk first entry ni, kami akan explain dulu salah satu product (atau servis) yang kami sediakan. Tapi kalau anda terus nak check out apa lagi produk yang ViraKlid ada, jangan malu-malu untuk visit ke laman web rasmi kami ya.

Lihat Info Bilik Seminar

The Importance of Training

Ok let’s be honest here, latihan itu sangatlah penting untuk setiap layer organisasi syarikat. Agree?

Kalau kita merupakan pekerja baru, syarikat mesti akan hantar kita untuk pergi orientasi atau initial training supaya kita kenal dengan lebih baik tentang syarikat dan apa core business nya. Latihan-latihan ni bertujuan untuk ajar setiap pekerja baru macam mana cara nak mulakan / buat kerja mereka. Tak ke parah kalau masuk-masuk kerja macam bidan terjun, semua kena belajar sendiri and on top of that, seorang colleague pun kita tak kenal.

Ish, tak patutlah macam tu.

Kemudian, dunia yang sentiasa berputar ni pula akan sentiasa menghasilkan perubahan. So syarikat pun tak boleh lah terus duduk di takuk yang sama dan kena turut sama berubah mengikut arus jugak. This is where training for the existing staff is highly needed. Kalau tak buat, nanti mereka tak update pula dengan perkembangan terbaru syarikat. Macam ni pun payah juga.

Antara yang lama dengan yang baru pun kena ada latihan sama-sama juga contohnya macam mentoring dan coaching. Keduanya boleh saling berkongsi fresh ideas atau pengalaman. Macam ni barulah sinergi.

So dari sini je kita dah nampak bahawa satu-satu organisasi tu akan sentiasa perlu adakan latihan secara berterusan.

Tapi isunya, tak semua organisasi ini ada fasiliti bilik latihan. Kalau ada pun mungkin dah fully book sebab banyak sangat training nak cater betul tak?

How can we assist?

Ok, jangan risau. Kami di ViraKlid ada solution nya dan boleh bantu melancarkan program anda tak kiralah sama ada ianya program orang berseorangan, jabatan kerajaan atau syarikat swasta, NGO, institusi pengajian dan sebagainya. Di ViraKlid, kami sediakan servis Sewa Bilik Seminar di Bangi / Kajang.

Kelengkapan yang kami sediakan sesuai untuk pelbagai acara seperti kursus, bengkel, seminar, briefing, kelas, latihan dan macam-macam lagi. (Jangan anda buat konsert sudahlah). Susun atur kelas saja boleh memuatkan 25-30 orang dalam satu masa atau sehingga 50 orang jika anda cuma perlukan susunan kerusi sahaja.

Ok lah kan? Saiz yang nice untuk peserta berinteraksi secara baik dengan penyampai di depan tu. Nanti terlalu ramai, ada yang lukis peta kat belakang pulak. Hehe, gurau2.

Servis kami terbuka kepada sesiapa sahaja sama ada individu, jabatan kerajaan atau swasta, NGO, institusi pengajian dan sebagainya.

Peralatan bantu mengajar seperti projektor, kanvas, white board juga settle. Anda hanya perlu bawa bahan penyampaian saja yang dah siap-siap dalam thumb drive jika anda juga perlukan laptop. Other than that, kami percaya bahawa a good sound system juga menyumbang kepada effective delivery. Owh, dan ada mic juga jika anda perlukan.

sewa bilik seminar di Bangi / Kajang sewa bilik seminar di Bangi / Kajang

Training Center kami tidak jauh pun daripada anda. Kami terletak di Bangi Avenue saja dan landmark yang anda perlu cari ialah Bangi Wonderland. Dah dekat sangat dah tu. Kalau pakai waze, boleh cari ‘Restoran Heritage’ dan kami hanya berselang 4 pintu saja dari restoran tu.

Now, let’s talk about facility. Yela, mana la tahu kiri kanan depan belakang semuanya hutan ye tak?

Hehe, jangan risau. Jika anda datang dari Utara atau Selatan, dari Lebuhraya Plus boleh ambil exit Bandar Seri Putra / Bukit Mahkota. Dari tol Bandar Seri Putra ni cuma ambil masa kurang dari 5 minit untuk sampai ke ViraKlid Training Center. Melainkan anda stuck lama di lampu isyarat lah ya. Dan jangan risau, ruang untuk parking kereta pun cukup, InsyaAllah.

Jika anda menaiki public transport, stesen KTM Bangi adalah stesen yang paling dekat dengan ViraKlid. Dari sini cuma perlu ambil grab / teksi dengan tempoh perjalanan yang lebih kurang 5 minit juga. Betul, memang dekat je!

Sebaris dengan ViraKlid ada Hong Leong Bank, Restoran Heritage, klinik UKM serta Bangi Avenue Hotel. Kedai runcit 99 serta kedai beraneka News pun ada.

Kebanyakan keperluan asas untuk anda jalankan training secara convenient semuanya covered di ViraKlid, setuju tak? Kalau rasa ada yang kurang, kami amatlah menghargai feedback drpd anda. Komen saja apa-apa yg dirasakan dapat menambahbaik servis kami. Besides, kalau servis kami terbaik, maka anda pun dapat menyampaikan latihan yg berkesan. So win-win lah kan? InsyaAllah…

Rasanya cukup dulu setakat ini. Looking forward to see you soon! Hubungi kami segera untuk Sewa Bilik Seminar di Bangi / Kajang.

Sewa Bilik Seminar sekarang

 

Leave a Reply