fbpx
Servis

Program Khas Pengakuan Sukarela LHDN

By February 14, 2019 February 28th, 2019 No Comments

Program Khas Pengakuan Sukarela LHDN dah nak habis. Lihat tempoh pengakuan di sini. Namun, ramai yang masih takut untuk ‘declare’ cukai. Mungkin sebab tak tahu caranya sahaja. Atau masih takut kena bayar cukai yang sangat tinggi.

Program-Khas-Pengakuan-Sukarela-LHDN

Program Khas Pengakuan Sukarela LHDN

Saya tertarik untuk kongsikan satu contoh situasi sempena Program Khas Pengakuan Sukarela LHDN ini.

Jika anda ialah seorang konsultan.

ItemNilai (RM)
Pendapatan Tahun 201591,000
Tolak:
Perbelanjaan yang dibenarkan
40,000
Jumlah Pendapatan51,000
Tolak:
Jumlah Pelepasan
22,800
PENDAPATAN BERCUKAI28,200

Kadar Cukai Tahun 2015

Kadar Cukai (RM)Cukai yang dikenakan (RM)
20,000 pertama150.00
8,200 berikut @5%410.00
Jumlah Cukai560.00
Tolak:
Rebate (Pendapatan Bercukai Kurang 35,000)
400.00
Cukai Kena di bayar160.00
Penalty 10%16.00
Jumlah Cukai Kena Dibayar176.00

Serius eh cukai yang kena hanya RM176 jer? Kalau anda bayar zakat lagilah rendah pengiraan.

Tak semestinya pendapatan tinggi kena bayar cukai. Jangan takut kepada bayang-bayang sendiri dan jangan dengar cakap orang. Tanya kepada yang pakar #ybCukai.

Bagaimana dapat jumlah perbelanjaan dibenarkan dan jumlah pelepasan? Dimana zakat boleh ditolak?

Tak perlu pening lagi. Jom datang BePRO – Bengkel Mengurus Cukai di Vira Klid Training Centre sempena Program Khas Pengakuan Sukarela LHDN ini.

Program Khas Pengakuan Sukarela LHDN
Program Khas Pengakuan Sukarela LHDN

BePro – Bengkel Mengurus Cukai pada 13 April 2019 (Sabtu).

Jika masih kurang yakin nak isi Borang B, boleh juga hadir BeFill – Bengkel Mengisi Borang B pada 14 April 2019 (Ahad).

Atau hubungi Vira Klid untuk sebarang persoalan. Pihak kami sedia membantu anda!

Leave a Reply