
Founder
Latiffah Abd Wahid
Mantan Pegawai Latihan di Pusat Latihan Pengurusan Akademi Percukaian Malaysia
Pengiktirafan & Kerjaya
Latar Belakang Akademik
Pengalaman
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Berkhidmat selama 32 tahun di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (5 Julai 1983 – 6 Jun 2018) . Mempunyai pengalaman yang luas mengenai percukaian. Pernah diberikan tanggungjawab untuk membuat taksiran cukai keatas individu, perniagaan, koperasi dan syarikat. Beliau telah berkhidmat di cawangan selama 22 tahun, Ibu Pejabat 6 tahun dan Akademi Percukaian Malaysia (APM) 3 tahun.
Selama 22 tahun di cawangan membuatkan beliau mahir dengan membuat taksiran fail cukai pendapatan dari kategori pembayar cukai penggajian, perniagaan tunggal, perkongsian, harta pusaka dan syarikat dan menjalankan audit luar di premis perniagaan.
Beliau kemudian dipindahkan ke Jabatan Inspektorat bermula Mei 2005 sehingga 30 Jun 2011. Di sini beliau terlibat secara langsung dengan pembentukkan Pelan Integriti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (PIL).
Di APM beliau terlibat dengan perancangan dan penyelarasan perlaksanaan kursus-kursus / latihan pengurusan bagi semua peringkat pegawai LHDNM (11,000 orang) serta terlibat sepenuh masa membangun dan menyediakan modul, penganjuran Kursus Persediaan Persaraan (4 kali setahun) dan Kursus Nilai, Etika dan Integriti dan Kursus Imej di LHDNM (2 kali setahun).
Pengalaman Sebagai Pensyarah di APM / LHDNM
(Subject Matter Expert – SME)
Tajuk Kursus | Subjek / Topik |
---|---|
Kursus Asas Perkhidmatan (Modul Pentadbiran & Kewangan) Gred 41,31,21 | • Arahan Keselamatan • Panduan Pengurusan Pejabat |
Kursus Integriti | • Pelan Integriti Nasional (PIN) • Pengurusan Integriti Perkhidmatan Awam • Nilai Etika dan Integriti di LHDNM • Pelan Integriti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (PIL) • Pengurusan PIL di LHDNM • Isu-isu Integriti • Integriti dalam media sosial • Integriti dalam Pengurusan Kewangan • Peranan Akujanji dan kaitannya dengan integriti |
Kursus Pra Persaraan | • Mengurus Minda Bakal Pesara • Persediaan Menghadapi Persaraan • Bahagia Selepas Bersara • Pesona Pesara • Pemakanan sihat • Sihat cergas di usia emas • Pelan persaraan • Persona Pesara |
Kursus Imej | • Pesona Imej • Transformasi Imej • Style Personality • Jenayah Imej • Imej ABC |
Kursus Induksi & Teambuilding Program | • Pembentukan & Motivasi Pasukan • Management Games |