fbpx

Orang Berkualiti Tak Perlu Bayar Cukai?

 

Wah, tengok tajuk je pun dah saspen. Biar betik?

Ok first things first, kita kasi faham dulu pengertian kualiti tu apa.

Kualiti ni adalah perbezaan standard antara beberapa perkara yg seumpamanya. Contohnya comparison between jenama Crocs dengan selipar jepun (contoh…). Dua-dua pun nampak macam getah semata je tp bila diamati betul-betul boleh rasa beza material dan cara pembuatannya.

Kalau orang pula, kita boleh bezakan seorang dengan yg lain daripada karakternya.

Below adalah antara ciri-ciri orang yang berkualiti. Of course, the list goes on tapi kami decide untuk senaraikan disini 8 saja. Feng shui katanya (hehe gurau).

 

1) Berbakti Pada Ibu Bapa 

sewa bilik seminar di Bangi / Kajang

Setiap anak-anak ada target nak beri kesenangan pada mak ayah bila dah dewasa. Walaupun memang tak akan pernah terbalas budi, tapi rasa puas nampak mereka gembira bila kita bantu mudahkan urusan-urusan mereka. Well, kita kan anak-anak contoh.

Ada anak-anak ‘terpilih’ yang diuji dengan kesihatan ibu bapa. Bila bercakap pasal sakit, minda bawah sedar kita serta merta akan trigger perkataan ‘duit’. Kalau mereka ada takaful so selamatlah. Tapi berapa kerat generasi Baby Boomers yang ada takaful / insurans dekat Malaysia ni? Yelah, masa tu mana orang cakap pasal insurans / takaful lagi. Kalau ada, cepat-cepat dia kena perambat. HARAM katanya.

 

2) Tambah Ilmu dengan Membaca

sewa bilik seminar di Bangi / Kajang

Tiada yang boleh membunuh kebodohan selain dengan ilmu. Itulah senjata yang paling mujarab yang dapat menukar si miskin menjadi kaya, si hina menjadi mulia dan si jahil menjadi bijak. Sepertimana tubuh yang perlukan makanan berkhasiat untuk sihat, otak kita perlukan ilmu (yang bermanfaat) untuk kekal cerdas.

Cara untuk feed otak kita ni tidak lain adalah dengan membaca. Orang yang suka membaca akan sentiasa dicurahi dengan idea-idea segar dan selalunya ada buah fikiran yang unik dan tersendiri.

Tidak hairanlah ayat pertama yang turun untuk kita adalah galakan untuk memBACA – ‘IQRA’!

 

3) Bantu Walaupun Kepada Orang yang Tidak Dikenali

Keturunan kita mungkin sihat walafiat (Alhamdulillah) tapi orang lain mungkin tidak senasib baik kita. Kita tak sedar ada orang di tempat lain di sebelah sana yang sedang bertarung nyawa menghadapi penyakit kritikal. Asbab dia pun ambil premium takaful yang sama syarikat dengan kita, maka sampailah sumbangan kita pada dia.

Mungkin kita tak sedar tapi dari duit kita tu lah yang meringankan beban dia dari segi kewangan. Kalau ada kematian pulak, kita dah bantu keluarga si mati untuk meneruskan kehidupan terutamanya bila si mati itu adalah punca rezeki tunggal.

Jangan kirakan duit caruman yang kita tak gunakan tu, tapi kira berapa banyak kita bersyukur dengan nikmat sihat yang kita tengah ada ni.

Sebab itulah dalam muamalat Islam ada istilah takaful dimana konsep yang digunapakai adalah nilai tolong-menolong. Cantik kan?

 

4) Jadikan Rezeki Sentiasa Segar

Orang Berkualiti Tak Perlu Bayar Cukai?

Pernah tak kita terfikir kenapa perintah zakat tu sampai jatuh hukum wajib? Tak sempurna iman kita kalau tak bayar zakat tau. Whether we like it or not, kita tetap kena keluarkan sebahagian duit kita (hanya yang layak) untuk beri kepada golongan yang memerlukan.

“Rasa macam kena paksa je zakat-zakat ni.”

Dude, percayalah. Bila Allah turunkan sesuatu perintah, confirm ada hikmah dan kebaikan besar disebaliknya. Manfaatnya mesti patah balik pada kita semula. Jangan la compare akal cetek kita dengan kebijaksanaan Tuhan. Tepuk dada, tanya iman ya.

Bayangkan air laut yang hanya bertakung dan tidak mengalir. Masin yakmat!

Bayangkan pula sungai yang mengalir dari hulu, melimpah jadi air terjun dan sambung mengalir ke hilir. Segarnyaaaa…

 

5) Upgrade Taraf Diri Dari Masa ke Semasa

Orang Berkualiti Tak Perlu Bayar Cukai?

Zaman sekarang ni kalau tak ada PhD memang tipis harapan nak jadi pensyarah. Kalau tak ada Master, susah nak naik pangkat. Kalau tak ada degree, susah nak dapat kerja. Kalau tak ada Diploma, tak ada basic industri pulak.

Realiti yang kadang-kadang tidak adil to some of us tapi itulah nature dunia sekarang. Untuk memenuhi criteria ni, kita sangat digalakkan untuk sentiasa upgrade ilmu kita dalam bidang masing-masing. Kalau tidak di bidang akademik, masih ada lagi bidang kemahiran, bidang seni dan sebagainya. Janji upgrade!

 

6) Berfikiran Jauh Hingga 20-30 Tahun Ke Depan

Sebab kita nak upgrade life kita dengan higher education, anak-anak kita punya education jadi least priority. Mana boleh macam tu. Or sanggup ke buat macam tu?

Walaupun anak tu mungkin belum masuk tadika pun lagi tapi apa salahnya buat perancangan awal kan? Nak further study sekarang pun dah mahal, bayangkan nanti zaman diorang macam mana.

Berapa ramai antara kita dah siap-siap buat tabung pendidikan anak-anak sejak dia baby lagi? Contohnya macam buka akaun tabung simpanan pelajaran. Atau mungkin sediakan insurans pendidikan supaya anak masih ada peluang teruskan pelajaran kalau ditakdirkan umur kita tak panjang.

Masa mula-mula buat simpanan tu mungkin rasa tak berbaloi. Tapi bila tengok jumlah yang dah accumulate masa hari pendaftaran universiti nanti agak-agak siapa yang senyum paling lebar Silap-silap menang kereta dari cabutan bertuah pulak tu kalau deposit kat SSPN-i. Tidur pun senyum tau!

So, think about it at least…

 

7) Aktif dan Sihat

Orang yang sihat tak perlu bergantung kepada sesiapa dan tak ramai yang sedar bahawa sihat itu sendiri adalah satu aset yang tak ternilai harganya. Tapi kalau tak dijaga pun tak boleh juga. Take for granted namanya.

Mungkin ramai yang tak sedar bila badan cergas kita bukan dapat sihat saja, tapi juga dapat ketenangan fikiran, jiwa rasa damai bahkan rohani kita pun akan dapat tempias kebaikannya. Tak percaya, cer cuba, cer try.

Kalau tak ada harta untuk diberi, sumbangan tenaga ni pun jangan dipandang remeh ya.

Sabda Rasulullah SAW: “Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Orang Mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang Mukmin yang lemah.”

 

8) Menyusun Strategi Selepas Bersara

Sepanjang tempoh bekerja terutamanya bagi mereka yang makan gaji adalah tidak wajar jika di penghujungnya tak ada langsung simpanan. Kalau majikan tak buat potongan KWSP, kitalah sendirilah yang kena ambil inisiatif untuk mencarum.

“Alahh, nak simpan duit tak semestinya dekat KWSP. Simpan dalam bank je pun ok.”

Ok memang ok, tapi berapa kali kita ‘cangkul’ semula simpanan kita tu bila hujung bulan dah dekat? Kalau simpanan ‘paksa rela’ macam KWSP ni sekurang-kurangnya boleh pastikan kita selamat di kemudian hari. Mungkin juga masa tu kita dah dapat ‘kesedaran’ kewangan so bolehlah cuba-cuba kaedah duit beranak duit pulak. Pastikan ilmu ini cukup di dada dulu ok.

 

So macam mana semua ciri-ciri ni boleh elakkan kita daripada kena bayar cukai?

Cuba check out gambar kat bawah ni

Now kita compare pulak dengan 8 ciri-ciri tadi dengan senarai relief kat atas tadi.

Sekarang dah nampak?

Siapa sangka elak cukai boleh tingkatkan kualiti hidup seseorang kan? Haha.

Ok, kita revisit tajuk kita (yg katanya saspen) tadi.

Tulisan ni bukanlah untuk menghasut supaya kita tidak bayar cukai. Cukai masih kena bayar, cuma nak bagi clear macam mana usaha nak ‘elak cukai’ kita tu sebenarnya ada nilai yang sangat besar disebaliknya iaitu tolong-menolong antara rakyat dan kerajaan. That is another kind of quality!

Ha, jangan main-main. Kualiti jenis ni dah main level nasional nih. Bukan sembarangan tau.

Kalau kita tengok the big picture nya pulak, memanglah tugas kerajaan menjaga kebajikan rakyat. Tapi kalau sampai se detail-detail set susu anak kita pun kerajaan nak kena monitor, koyak beb. So, kat sinilah kita main peranan. Kita ‘dulukan’ duit kita, cukup masa ‘claim’ semula tanda thank you kerajaan kat kita.

In fact, benda ni lah yang kerajaan galakkan kita buat pun. Buat taksiran supaya kita tak terlebih bayar cukai. Jadilah manusia berkualiti yang BIJAK!

So now, dah ready nak elak cukai? *wink!

 

Masuk April, buat taksiran.

Dapat refund, pergi laburkan.

Lepas tempoh matang, berstatus jutawan.

 

Switch your paradigm!

-ViraKlid-

Leave a Reply